Jangan Clik

Monday, April 29, 2013

Cara Mudah buat Nasi Arab

Selepas beberapa buah kedai nasi arab kami jamah, jd wife aku pun try la buat sendiri hasil ceduk sikit2 resepi nasi arab dari laman sesawang yg lain. Dan ni lah hasilnya, dan jangan dok buat terkejut tenuk Himalaya plak tgok ada gulai teloq ikan seludu, juadah tu saja aku suruh wife masak sebab benda dah ada, sedap jugak klu makan bersekali dgan hidangan Nasi Arab nih. Jadi tanpa membuang masa dan membuang undi eeewwwaahh...mentang dah demam pilihanraya nih nak jugak selitkan sekali kertas undi tu, nindia antara resepi-resepinya:-



Bahan2 untuk Nasi
*1/2 sudu makan jintan manis
*1/2 sudu makan jintan putih
*1/2 sudu makan bunga cengkih
*1/2 sudu makan lada hitam
* 1 sudu makan biji ketumbar
*1/2 sudu makan buah pelaga
2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
4 cawan air rebusan ayam (boleh guna kiub pati ayam atau guna air biasa pun bole kalau xbuat stok ayam)
1/2 sudu besar garam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
pewarna kuning & oren (kalau xdak ganti ngan serbuk kunyit bancuh ngan ayaq)

Cara-caranya:

-goreng tanpa minyak semua bahan * kemudian blend kering -sampai hampir jadi serbuk
-cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam
- panaskan minyak sapi,masukkan kayu manis,buah pelaga & bunga lawang.
-kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/blend pun boleh)
-bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di blend tadi.gaul sebati..kemudian masukkan beras.
-masukkan air stok ayam perasakan garam dan masak sampai nasi kering air.
-titik2kan pewarna dan biar seketika sebelum padamkan api...bila nak hidang baru gaul nasi biar bercampur warna
*boleh tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum..potong daun & tabur atas nasi yg dah siap hidang

Resepi ayam(kambing pun bole cuma masa perap tu kna lama sikit lebih kurang 3-4 jam)
bahan untuk diperap (blend semua bahan)
3 inci halia
2-3 biji kunyit hidup besar ibu jari kaki Enot (hahaha..aku buat lawak ja nih, saiz apa pun takpa)
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan buah pelaga
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
* 1 ekor ayam dibelah 2  ( kelar2 skit2 kat isi ayam supaya rempah meresap ke dalam isi)
 
Cara masak ayam:
-blend semua bahan perap.gaulkan pada ayam dan perap lebih kurang 2-3 jam dan disimpan dalam peti ais.
-masukkan ayam dalam pemanggang, klu sesapa yg ada Magic Pan pun bole guna jugak.
-panggang sampai masak
*masa hidang  potong  ayam tu kecik2

Resepi salad/acar:-
-buah tomato
-timun
-lobak merah
-bawang
-Lada bengala (ala buah cabai yg bulat2 tu, ada kaler kuning,hijau atau merah)
*cili hijau
*garam
*gula
*cuka (1 sudu kecil)
*perahan limau nipis
*4-5 sudu besar air masak /air tapis
-potong dadu semua bahan bertanda( - )
-cili hijau tumbuk kasaq (nak hiris ja pun boleh)
-campur bahan dadu dan cili,tambah air,perasakan garam,gula,cuka dan perahan limau nipis/lemon
-nak lagi sedap blend sedikit buah tomato (sebiji lebih kurang) pastu gaul sekali dgan salad nih

  Ayaq asam:-
-3 biji cili merah
-5 biji cili padi
-1 biji buah tomato
-1 biji bawang besar
- sedikit ja belacan (secubit ja)
-garam
-gula
-perahan limau nipis (boleh ganti ngn jus asam jawa)
-air masak (air tapis pun boleh)
cara:
blend semua bahan dengan air masak (agak2 air dalam 1/2 cawan)
-Siiiaappp...dah bole hidang dah, klu yg suka berkuah tu ble buat Kuah Dalca boh kacang panjang, terung, tomato, karot dan buah kundoq)
Selamat mencuba dan "Masak dari hati , masak with Iman" eewwaahhh... macam Chef Ammar 'suka suka hati'  dri segmen Hidangan Barakah di tv Al-Hijrah plak.

Istana Takeshi dan Jakuzi Syakirin & Nasihin

Saja letak tajuk tu sebab teringat cerita gameshow Istana Takeshi yg bersiaran di tv 3 pukoi 7.00 ptg dulu sehingga menjadi ikutan ramai kanak-kanak Ribena termasuk la aku hingga mengabaikan waktu semayang Maghrib. W;pun gameshow tu nampak banggang tapi aku terhibur dgan lawak depa tambah2 bila Raja Takeshi tu asyik libas kepala pegawai kanan dia guna kipas tangan, seb baik guna kipas tangan, kalau dia libaih guna kipas kapal kargo, mau parah saraf Medula Oblongata pegawai kanan dia tu hahahaha...ok kita berenti merepek sat w,pun dah 3 minggu aku tak menjamah kerepek. Ni antara mainan yg aku beli kat hero-hero aku sebab la dua2 dah makin membesaq dan kerap main sama2, jadi aku saja beli istana tu sebab yg abg tu suka punggah bantal buat rumah, haa..la aku beli istana tu kurang la sikit dia nak punggah2 bantal. Istana tu aku beli online Rm 60.00 hinggit ja.Yg satu lagi swimming pool kanak2,Saja aku letak nama jakuzi supaya ada sikit pertalian dgan nama jepun selain  istana takeshi tersebut,Swimming pool tu wife aku beli kat depa sebab depa berdua nih mmg suka sungguh main ayaq, sambil2 depa main ayaq tu ble la aku bergurau senda ngan wife aku di dlm rumah , maklum la time anak2 besaq cenggini susah nak bermesra-mesra cam zaman bujang dulu hehehehe...(nampak cam merela plak ayat aku nih)

Thursday, April 11, 2013

CPU Pasang Sendiri (Self made)

Kalau la hampa ataupun kengkawan yang  ada kemahiran dalam pemasangan komponen komputer, bole la praktikkan. Kalu takdak ble la pi belajaq mengikuti kursus jangka pendek anjuran Kolej Komuniti yg ada ditawarkan di setiap negeri masing2. Aku pun sebenaqnya upah memba aku buat CPU Pasang sendiri nih, cuma aku pi beli part2 komputer saja dan bg dia pasang serta install segala mak nenek program terkini macam Window 7, Photoshop CS6 dan macam2 lg la termasuk la game (hehehehe...dah antu game, nak buat gena, rugila buat power2 tak main game kan). Dah kalau namanya pasang sendiri ofkos la takdak tertera nama mcm Acer, Dell, Hp, dan bermacam CPU readymade yg lain, yg ada cuma jenama casing ja cam casing aku (Raidmax). Kalau ikut pengiraan kos bg aku CPU pasang sendiri nih lebih menjimatkan wang dan kita ble pasang part dan spefikasi komputer ikut kehendak kita.

Spefikasi CPU pasang sendiri aku.

- Processor Intel Core i7 3.4 Ghz
- Hard Disk - 500 Gb (Samsung)
                  - 1.0 Tb (Seagate)
- Ram - Kingston 4 Gb DDR3 1333 (4 unit = 16 Gb)
- Optical Drive - Samsung DVD-RW 24X (Sata)
- Cooler Master Extreme II 475W
- Motherboard - Asus P8Z77-V LX
- Graphic Card- Leadtek nVidia GT630 4GB DDR3
- Casing -Raidmax Cosmos II (aku teringin gak nak boh casing yg ada 4 kipas  dan bentuk cam muka tokwan transformers tu, tapi rega mahai sgat, lari bajet)

Wednesday, April 10, 2013

Restoran Ikan Bawal Goreng Kelapa Sawit Juru, Pulau Pinang

Khamis lepaih atas tiket urusan kerja , aku kna pi P.Pinang lalu ternawaitu la di hati aku nak pi try rasa kat Restoran Ikan Bawal Goreng Kelapa Sawit yang terletak di Juru Auto City. Sebab ramai memba opis dan kengkawan lain dah pakat merasa kat restoran nih, dan depa bg simbol tangan ibu jari ke atas (like la) lepaih pekena ikan bawal tu, tu yg nak try sangat tu. Orang agak ramai tambahan mmg masa makan tengahari, menu utama aku semestila ikan bawal goreng + teloq masin,dan ayaq nyoq (lauk masakan lain pun ada klu nak). Dengan ikan panaih2 serta dikelilingi pokok kelapa sawit membuatkan makanan tengahari ni laju ja memasuki anak tekak yg sedia lapaq nih. Restoran nih terletak betoi2 sebelah signboard Kampung Tok Kangar dan berhadapan kedai makanan cina iaitu Restoran Tambun. Takdak yg spesel sangat ikan bawal nih, cuma ikan nih  di goreng panaih2 dan ranggup kes tu yg sedap sgat tu tambah2 klu cicah ngan sambal toyu(kicap). Harga ikan sini ikut saiz, yg kecik rm 4.00 yg besaq sikit rm 5.00 dan restoran nih dibuka dri pukoi 11.00 pg hingga 3.00 ptg. Klu sesapa yg nak bru nak mai sini dan tak mahir jalan2 kat sini ble sesat jugak la, nih aku bg direction klu nak mai pekena bawal goreng panaih2 nih.

Penunjuk arah jalan (kalau naik highway dari arah Kuala Lumpur)
- Exit ikut Juru Auto City
-jumpa simpang ambik kiri.( ke arah rumah kedai pekan Juru Auto City)
-jumpa simpang tiga yg ada restoran McDonald sebelah kiri.
-Ambik kiri dan terus hingga melintasi jambatan kecik.
- Cari singboard Kampung Tok Kangar atau pun Restoran Tambun, hhaaaa...restoran ikan bawak goreng nih terletak betoi2 tepi jalan, kita dah bole nampak keta berderet parking tepi jalan.

Penunjuk arah jalan (kalau naik highway dari Alor Setar)
-Exit ikut Juru Auto City.
-Jumpa simpang, ambik kanan.( ke arah rumah kedai pekan Juru Auto City)
-Lepaih tu jumpa simpang tiga yg ada restoran McDonald sebelah kiri
-(ikut direction seperti di atas)

Tuesday, April 9, 2013

Merbok-Tanjung Dawai-Pantai Merdeka

Selepas megunjungi Tesco Sungai Petani, aku anak beranak menyusuri pula Daerah Merbuk untuk ke Tanjung Dawai. Sekali lagi aku berenti kat Kampung Sungai Batu, Merbuk yg terkenal sebab penemuan beberapa tapak arkeologi baru yg dikenalpasti sebagai tempat peleburan besi tertua di Asia Tengara. Masa aku tgok tu dah kurang dah sikit pencarian mungkin sebab depa dok tumpu di tapak belah seberang jalan. Aku pun cuba la mendekati tapak arkeologi yg tak berpenghuni tu utk tgok dri dekat penemuan beberapa buatan tangan org2 dahulu di tengah2 ladang kelapa sawit nih. Banyak penemuan adalah batu bata dipercayai tapak jeti pendaratan bijih besi di tepi parit yg dahulunya mungkin sebuah sungai yg menjadi laluan bot2 bijih besi. Aku tak lama kat situ sebab seram tgok kaw. takdak org kat kawasan hutan kelapa sawit tu.
Lepaih tu singgah di Tanjung Dawai, setibanya di sana beserta bantuan kalkulator dri gajet keperluan manusia kini yg mempunyai pelbagai kemudahan dri telepon, kamera, kalkulator, torch light, penunjuk arah kiblat, sehingga menjadi salah satu senjata utk menghindar dri serangan anjing liar yakni henpon. Setelah didarab, dicampur, ditolak rupanyan banyak masa lagi, lalu aku mengesyorkan kat anak bini nak bg pengalaman kat depa nek bot kecik ke Pantai Merdeka yg terletak bertentangan pekan Tanjung Dawai lalu seraya itu kami menuju ke jeti bot penambang adanya.
Lama oooo...aku tak nek bot nih, sehinggat aku, masa sek. rendah last aku nek bot ke Pantai Merdeka, tu pun masa cuti 31 Ogos, Sebab masa tu la bru ramai org pi Pantai Merdeka. Tambang bot cuma Rm 2.00 sekepala satu trip (termasuk kanak-kanak), sapa2 yg nak rasa cabaran try la nek bot ni sebab bila sampai kat tengah laut tu, dia punya gelora bleh buat kita gayat, yg takut sgat bukan apa, takut bot terbalik ja bila kna lambung ngan ombak. Tapi jangan risau semua pemandu bot di sini berkemahiran belaka, dah jd permainan depa turun temurun. Ramai org mai berkelah kat Pantai nih dan mandi manda sebab pantai sini takdak selut. Suasana macam dulu jugak, cuma peniaga gerai la nih bertambah dan telah ada chalet utk sesapa yg nak menginap di sini serta disediakan kemudahan tandas dan tapak perkemahan.Pakat habih jadi serupa ikan masin sebab kna percikan ayaq laut masa nek bot tu, w'pun aku langsung tak terpikiaq utk beli ikan masin mahupun belacan masin.