Jangan Clik

Monday, February 25, 2013

Masakan Arab Restoran Mekah Mergong, Alor Setar

Kebelakangan nih, dah banyak restoran masakan arab dibuka di belah utara nih, kalau di Kangaq di hadapan sek.men derma. kat Jitra ada  2 restoran arab kalau tak salah aku, kat aloq staq pun rasanya ada dua dan salah satunya adalah Restoran Mekah yg terletak di deretan rumah kedai berhadapan Tesco Mergong. Disebabkan aku pun tak pernah makan makanan arab ni selain roti arab, jadi aku sefamili pun try la kat restoran nih, tu pun lpaih dapat info dri opismate aku. Aku order Nasi Mandy Kambing utk aku, Nasi Mandy Ayam utk wife aku, Shawarma ayam utk syakirin dan klu nak rasa lebih arab order la ayaq non-alkoholic Barbica, aku order perasa epal. Ramai mai sini waktu tengahari, nasi dia mmg sedap guna beras Basmathi, dan harganya berpatutan, Nasi Mandy Kambing harganya RM 8.00 dan Nasi Mandy Ayam RM 7.00. Takut tempat penuh? jangan risau kedai dia luas, ada 2 lot jadi akan senantiasa ada tempat untuk anda.

Sunday, February 24, 2013

Langkawi

Hingga ke tarikh 2013, dah dekat 2 tahun aku tak jejak Pulau Langkawi, dan kali ni merupakan kali ke 3 bagi Syakirin dan first time bagi Nasihin ke Pulau Lagenda tersebut. Maklum la dok kat Perlih ni anytime ble pi, pi kerap2 nti jemu plak. Tgok Syakirin releks saja memandangkan beliau dah biasa nek feri, tgok si Nasihin tu, tak dok diam, makan apa pun tak tau la, punya teruja mengalahkan malam pertama.
Mula tu cadang nak dok kat Best Star Pantai Cenang sebab dah besa dok dan lokasi dia bersebelahan ja dgan pantai, tapi full book plak, jadi kami menginap di Casa Fina Homes Pantai Cenang. Ok jugak chalet nih, bru lg, lokasi pun tgah2 kawasan pantai cenang, berhadapan dgan Underwater World, cuma klu nak ke pantai kna seberang jalan ja, tak jauh mana pun jalan kaki. Cuma chalet nih dinding dia pakai board, bukan simen, jd klu org sebelah bising, ble dengaq sampai bilik kita, lagi satu siling takdak menyebabkan waktu siangnya agak panas w'pun ada aircond. Bilik ayaq, servis, parking keta bg aku terbaik la. Rate dia cuma RM 155.00 semalam klu weekend.
Lepaih tu mula la aktiviti jenjalan sekitar kawasan pantai cenang, lokasi chalet yg strategik berdekatan kedai2 dan restoran memudahkan kita utk mencari makanan dan keperluan diri.
Malam di Pantai Cenang, ramai pelancong luar dan dalam negara berlibur di sini dan deretan kedai serta chalet yg tumbuh bak cendawan di sepanjang jalan Pantai Cenang nih yg dulunya merupakan kawasan perkampungan nelayan saja. ( Abah aku pernah jadi nelayan kat sini masa tahun 70an dulu, umoq dia pun bru belasan tahun waktu tu)
Aktiviti yg wajib mai bercuti kat Pantai Cenang ni mustila , berkubang dalam ayaq masin-masin taik idung kura. Tapi sebelum tu hero2 aku dah standby nak buat istana pasiaq, tapi aku tgok tak jadi istana pun, banyak jadi busut anai2 ja hahahah...tgok aku tgah membuat praktikal camana caranya nak gali lubang kuboq wahwahwah
Lepaih berendam, telan ayaq laut sedikit sebanyak, pastu kami ke Underwear ehh silap plak..ke Underwater World tgok ikan yg bermacam jenis. Sesapa yg keja gomen tu jgan lupa bwak pas pekerja, nti dapat diskon rega tiket. Ok la klu nak bawak anak2 tgok ikan temenung, pari ketuka, ikan buntai, kuda laut, kuda kepang (eh ada ka) dan cicak ketengkoi, tempat pun dijaga elok sesuai la sebagai salah satu tarikan kalau melancong ke Pulau Langkawi.
Anak2 aku ni suka tgok menatang, maklumla masa ibu depa mengandungkan depa, aku slalu tgok National Geografi tu sebab dalam diri depa ada sifat berperikebinatangan. Jadi aku bawak depa pi Wildlife Park tgok macam2 binatang sampai ble la bg makanan kat arnab yg jinak tu.
Petangnya kami singgah di Dataran Lang, yg ada patung helang saiz dinosor tu. Tu pun terlewat sikit sebab ibu dia ajak singgah kat Idaman Suri Kerisauan Suami....bli sikit2 ja sebab aku dah bg warning yg aku tak larat nak mengangkut semua tu, dgan anak2 lg, beg lagi, w'pun susuk badanku sasa dan kekar tapi faktor usia kadang membataskan keaktifanku hehehe...
Malam nya teringin la kami nih nak merasa sefod di langkawi nih, risik punya risik, hantarannya cuma Rm 9,999.99 saja beserta 9 dulang hantaran...eehhh termerepek plak, apa la aku nih masuk bab merisik nikah kawen plak, macam la nak menikah lagi satu hehehehe...gurau ja (ketika ayat ni ditaip, telinga penulis tgah dikapit dgan playar aluminium oleh isterinya yg mithali). penduduk tempatan kata klu nak yg sedap dan murah try singgah di Restoran Nelayan, dekat dengan Lapangan Golf Langkawi, jalan bukit malut-pantai cenang. Sesampainya sini org dah ramai dah w'pun jam bru pukoi 8.00 mlm, restoran nih terletak sebelah dgan jeti pendaratan ikan, jd dapat la stok2 ikan yg murah dan segar.
Satu ja nasihat aku klu nak mai sini, sesapa yg bawak anak kecik ka, yg kesabaran dlm diri tu tak setebal kulit boya, carilah restoran lain, takpun mai hari bukan hari minggu atau cuti sekolah, sebabnya servis depa lambat sangat, klu 1 jam takpa la jugak, nih aku punya hidangan nak dekat pukoi 11.00 mlm bru sampai, sampai Nasihin bantai lena la, tu pun seb baik kat jeti sebelah tu ada ndoi (buaian) pukat, ble la dia landing kat situ sementara nak tunggu pelayan restoran yg cantik2 tu antaq makanan yg diorder. Takdan nak snap gambaq masakan, lapaq punyai pasai. Apa yg ok restoran nih, masakan dia sedap dan yg penting murah, aku makan udang masak kunyit, ketam masak cabai, tomyam ayam, kerang bakaq, teloq dadar, kailan ikan masin, reganya tak sampai RM 50.00 pun.
Esoknya kami berangkat balik, lepaih memberanakkan sebijik lagi beg, mai bwak satu beg, blik 2 beg. Bukan apa banyak jugak la brg yg beli utk kawan2 dan adik beradik, dan kalau la sesapa nak mai Pulau Langkawi dan barangan yg wajib dibeli (sekiranya perlu) adalah spt cokelat, kain batik, beg, pinggan mangkuk dan minyak gamat. Tapi janganla melampau sgat beli sebab sesetengah barang mungkin dikenakan cukai oleh kastam kalau beli berlebihan.