Jangan Clik

Monday, September 3, 2012

Mesin Padi Tok Ayah

Balik pada sekolah ari tu, Syakirin nampak tok ayah dia leka naik mesin padi yg tengah ambik padi kat bendang belakang rumah mak aku. Lalu Syakirin membuat satu permintaan kat aku suruh lukih mesin padi yg tok ayah naik sebab masa ari tu dia nak naik tapi aku tak bg sebab kata aku budak-budak takleh naik mesin padi lg sebab tak jd ninja lg, org yg dah jd ninja bru ble naik mesin padi seraya aku luruskan telunjuk, menunjuk kat Syakirin kearah memba kampung aku yg tgah jd dreba mesin padi sambil pakai topeng muka umpama ninja gayanya. Lalu Syakirin pun dah tak bertanya selanjutnya selepas aku bg penerangan kat dia td cuma dia suruh aku siapkan lukisan mesin padi utk dia tgok.

Sunday, September 2, 2012

Buku Kim Jung Gil 2011 sketch collection

Klu ampa perasan kebelakangan nih banyak lukisan yg aku lukih, aku detailkan tang bahagian bangunan takpun objek lain cuma tang watak aku anak beranak ja mcm katun skit. Kalau tidak sebelum ni aku hanya lukih biasa2 ja dan perkara tu bru terinspirasi secara tak sengaja tatkala Subuh menjelma apabila aku usai bersahoq pada bulan posa dan saja godek2 tablet layan youtube aku terpandang satu video sketching dari artis Korea Selatan iaitu Kim Jung Gil, tanpa menggunakan pensel beliau terus sketch lukisan dengan begitu sempurna sekali (mmg dah tahap otai mamat nih)
Apa yang membuatkan aku tertarik dgan corak lukisan beliau, w'pun hanya sketch tetapi dia bole detailkan satu2 objek tanpa rujukan yg membuatkan aku cukup mengagumi imiginasi beliau. Aku memang tak sampai
tahap nih lagi, satu2 lukisan objek tu aku lukih balik dari gambaq sebenaq yg diambil, klu nak guna sepenuhnya imiginasi aku mmg tak tercapai.
First time tgok video tu aku dah jatuh cintan pandang pertama pada mee Cintan. Ssllurrppp...hhmmm sedap gak mee cintan nih makan time2 hujung bulan nih.Errrrr...kita tinggalkan mee cintan dan kita sambung balik topik kita td key...Lpaih tu apalagi aku search pasai mamat korea nih, dan aku terjumpa satu blog iaitu http://parkablogs.com mengenai buku sketching yg dilukis Kim Jung Gil.
Aku pun try cari buku tersebut di e-bay dan laman jual beli lain. Pencarian aku tak mencapai hasil yg diingini, tiba2 aku terbaca dlm blog ni jugak yg buku ni ada dijual di Basheer Graphic Bookstore Singapore tapi harga dia agak mahal sikit, tapi minat punya pasai aku call kedai tu utk beli buku collection Kim Jung Gil nih. Untuk pengetahuan umum, Kim Jung Gil ni ada dua buah buku sketching iaitu tahun 2007 dan 2011. Yg ada di Basheer Graphic Bookstore hanya versi 2011, ok la daripada takdak, dan yg bestnya kdai buku tu kata aku bleh order dekat cawangannya di Jln Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan harga dia RM 187.00 (selepas diskaun) serta tambahan  RM 8.00 utk penghantaran. Dan gambaq2 diatas adalah sebahagian gambaq yg aku ambik dri buku sketch tu dan rasanya mau seminggu habih menelaah buku tu sebab tebai dlm 600 mukasurat, w'pun hanya sketching tapi hasil yg beliau buat mmg osemm...dan start daripada tu aku mula detailkan sebarang objek dlm lukisan aku sebab aku rasa kedetailan tu yg membuatkan ia unik.