Jangan Clik

Sunday, April 29, 2012

Masuk PS3 PES 2012 Tournament

Pada 22 April 2012 kedai game memba aku ada buat PS3 PES 2012 Tournament. Pertandingan yang mengunakan format kumpulan round robin menawarkan hadiah dlm bentuk tunai dan yuran penyertaan RM 15  satu slot. Aku ambik 2 slot, lebih sikit chance kita utk ke pusingan seterusnya.
Pada pembukaan kedai dia bulan Januari 2012, dia penah ajak aku masuk tapi aku tak berapa yakin nak masuk sebab rasanya kurang lagi skill aku dalam bidang pemPESan nih. Kalau yang taktau tu game PES ni adalah singkatan Pro Evolution Soccer keluaran syarikat KONAMI yakni game bola yg agak popular selain game bola FIFA keluaran EA Sport.
Disebabkan dah lama dah aku berkecimpung dalam main game PES nih semenjak PS One lagi, klu tak silap masa tu PES 2007 hinggalah sekarang PES 2012 cuma yg berbeza adalah konsolnya saja yg menggunakan PS 3, tapi Penggunaan butangnya sama ja dri dulu. Aku selalu dok main game ni dgan adik ipaq aku dan anak menakan aku tiap2 ujung minggu. Dan ni la first tournament aku masuk, saja ja nak rasa suasana competition mcmana sebab main dgan manusia berbeza main dgan komputer sebab manusia ni dia musti buat mistakes berbanding komputer yg agak perfect cara permainan dia.
Penyertaan agak ramai la dlm 40 org lebih, aku masuk ngan rakan opis aku Syafik yg selalu gak main game bola nih. Aku hanya sampai ke peringkat suku akhir ja masuk kategori 16 terbaik, kira ok la maklumla first time masuk tournament. Sebenaqnya baguih masuk tour nih sebab selain dri kita rasa suasana perlawanan dgan org yg berbeza kita jugak ble kutip skit skill yg ada kat depa yg jarang kita guna, sebab aku selalu main dgan adik ipaq aku guna simple setting saja, rupanya ada lagi skill dan taktik yg boleh digunapakai yang bole kita ambik kat sini https://www.konami-pes2012.com/eu/en/tips-tricks/ . Cuma masuk tournament masa dia ambik lama jugak kira2 dekat sehari, aku masuk suku akhir pun dah dekat pukoi 7. Tapi ok la, bukan hadiah yg dikejar cuma nak kutip pengalaman masuk competition main dgan gamers yg lain.

Saturday, April 21, 2012

Akhirnya Lat 30 Years Later

 Setelah sekian lama mencari akhirnya aku berjaya juga mendapatkan dan menambah koleksi agung karya Dato' Lat iaitu Lat 30 Years Later di mana buku ini amat terhad sekali disebabkan ia bukan dikeluarkan oleh pengeluar kebiasaan karya Dato' Lat iaitu Berita Publishing sdn. bhd tetapi dikeluarkan oleh Syarikat Dato' Lat sendiri iaitu Kampung Boy Sdn. bhd, dan disebabkan itulah ia membuatkan buku ini susah dicari dipasaran sekarang melainkan di kedai-kedai buku lama itupun jika kita ada rezeki dan kalau ada pun harganya mungkin mencecah ratusan ringgit. Aku dapat buku ni pun bukan kecik anak tempatnya, nu di US alamatnya, itupun setelah puas aku cari di kedai2 buku lama, di Mudah.Com, di Lelong.Com tak juga aku jumpa, akhirnya aku jumpa 2 naskah di Ebay.com.my tapi harganya amat tinggi maklumla kos penghantaran antarabangsa mmg tinggi, satu naskah berharga RM 198.00 (termasuk penghantaran) dan satu lagi RM 412.00. Jadi mustila aku amik yg murah kan, dah minat punya pasai. Setelah menunggu hampir seminggu, bungkusan dri US pun tiba dgan selamat bersama buku Lat 30 Years Later yang masih berkeadaan baik. Terima kasih juga aku ucapkan kat blog kutubkhanahku.blogspot.com yang juga merupakan pengumpul karya seni Dato' Lat dimana melalui blog tu lah baru aku tau ada lagi rupanya karya Dato' Lat yang masih tiada dlm koleksi peribadi aku.
Selain tu aku juga dapat mengumpul beberapa koleksi buku kartun lama yang aku jumpa di internet dan kedai buku lama, antaranya koleksi Jungle Jokes karya Jaafar Taib yang dulu popular di Majalah Humor Gila-Gila yang aku beli di kedai buku lama Bazar Chowrasta, Pulau Pinang. Buku Lots Of Lat karya Dato' Lat, buku koleksi GG Look at Aza karya Aza, Koleksi Aca dan Atuk karya Ujang yang aku dapatkan dari Mudah.com dan last sekali koleksi Pi Mai Pi Mai Tang Tu karya Imuda yang aku dapatkan di kedai buku lama Junk Book Store, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur (di kedai ni masih ada beberapa karya Dato' Lat, jika karya tersebut tiada dalam koleksi anda try la pi usha, harganya pun bole tahan la, maklum la buku rare) dan menurut penulis blog kutubkhanahku.blogspot.com sesiapa yang mempunyai karya Dato' Lat jaga dan simpan la elok2 sebab katanya ada beberapa karya Dato Lat yang tidak akan dicetak semula kerana ada beberapa tokoh individu yang beliau pernah lukis dlm karyanya telah meninggal dunia, jadi disebabkan Dato' Lat ingin memberi penghormatan kepada individu tersebut maka karya yang melibatkan individu tersebut tidak akan diterbit semula.

Sunday, April 1, 2012

Letupan Bom di Hatyai

Baru sebulan lebih rasanya aku meninggalkan bumi Hatyai seperti yang penah aku tulih dlm blog ni dulu ttg lawatan opis aku ke Hatyai. Syukur Alhamdulilah masa kami pi takdak berlaku hal2 yg tak diingini selain dari dikelepet penjual sokkabaq ja. Letupan berlaku di basement hotel Lee Garden Plaza dan merupakan salah satu tempat yg aku lawati kerana di keliling Lee Garden Plaza ni ada pasar yg menjual beraneka jenis barangan. Kejadian yg berlaku pukul 1. ptg waktu Thailand mengorbankan 5 mangsa dan mencederakan 300 yg lain dan salah seorang yg terkorban adalah rakyat Malaysia. Bandar Hatyai merupakan bandar pelancongan yg cukup popular di kalangan rakyat Malaysia tambahan hari cuti mmg ramai la rakyat Malaysia yg bercuti ke sana dan aku pernah bercadang nak ajak famili aku bercuti kat sana naik keta sendiri, alih2 bila jadi kes nih, terpaksa tangguh dulu la. Salah seorang guru wife aku bernasib baik sebab kejadian ni berlaku selepas sejam dia checkout dari hotel tersebut. Dan hari nih kak ipaq aku ada call dan dia kata jangan nak ajak dia pi dah Hatyai sebab dia takut kna bom, mmg sebelum ni kami penah ajak dia sefamili pi tapi dia tak mau takut ada kejadian bom dan aku berkeraih kata kat dia Hatyai ok takdak kes apa2 selain dri 3 wilayah lain yg mmg selalu berlaku pertempuran iaitu di Narathiwat, Yala dan Pattani, lepaih kejadian nih mmg payah la nak pujuk famili kak ipaq aku pi. Diharap pihak berkuasa Thailand dapat mengatasi masalah ni dan mengelak kejadian sama berulang dan yg pastinya selepas kes letupan bom kereta nih purata kemasukan pelancong Malaysia ke hatyai pasti berkurangan dgan mendadak.