Jangan Clik

Wednesday, July 6, 2011

Tips menukar setting PS3 dari kabel HDMI ke AVI atau dari AVI ke HDMI



Bg sapa2 yg mempunyai PS3 mungkin mengalami situasi seperti di atas apabila anda nak tukaq setting PS3 dari AVI ke HDMI atau sebaliknya, aku penah la mengalami masalah mcm tu bila awai2 dulu guna tv lama yg takdak HDMI kabel, bila dah tukaq ke tv yg mempunyai HDMI jadi aku pun tanya la org yg pakar sikit ttg PS3 ni dan search di internet. Video di atas menerangkan dengan lebih jelas macamana nak reset balik setting PS3 dan aku guide sikit2 ja la okeh, first:-
1- Pastikan kita dah tukar dari kabel HDMI ke kabel AVI biasa (mcamtu la jugak kalau sebaliknya)
2- Pastu kita tekan punat On tu lama sikit sampai bunyi beep yg kedua. (pastikan PS3 kita dah Off)
3- lpas beberapa second akan tertera ayat-ayat ini "An available HDMI device was detected, Do you want to output video and audio using HDMI? " dan dia ada jawapan Yes dan NO. Bg yg nak tukaq dari HDMI ke AVI kna tekan NO, dan yg nak tukaq dari AVI ke HDMI kna tekan YES.
4-Lpas tu anda bolehla main game dalam PS3 anda dengan sewenang-wenangnya.
5- klu masih tak ble main, try la hantaq kat kedai2 game yg berdekatan hahahaha lawak ja, klu masih ada permasaalahan sila la tanya di ruangan komen. ok

ok selamat berpS3.

Tuesday, July 5, 2011

Ada apa dengan PS3

Di kesempatan aku kna pi Putrajaya aritu aku ambik kesempatan la jalan2 kat sekitar KL sat, sambil2 tu aku singgah la kat Lowyatt Plaza, Jalan Bukit Bintang. Niat aku nak servey harga ja pada gajet kecintaan aku iaitu PS3. Apabila tgok harga2 ps3 kat sini murah daripada belah utara tu jd aku ambik kesempatan la sambaq seketoi, selepas pi servey semua gerai yg menjual ps3 kat Plaza Lowyatt tu, aku ambik kat tempat paling murah la dapat la dlm RM 980.00. Tapi aku tambah la controller satu lg sebab dia bg satu ja dan yg best controller ni wireless tak la serabut nak gulung2 wayar mcm PS2, tapi sebelum main kna charge dulu guna USB cable yg disediakan dan cucuk di PS3 selama 8 jam, ala lebih kurang mcm beli handset baru la , lg aku beli wayar HDMI ngan game kegilaan aku PES 2011 jd semua sekali dalam RM 1480.00. Ps3 ni mai dalam dua versi iaitu versi terawal yg gedabak sikit PS3 Fat Version (la payah la nak jumpa, klu ada pun yg second hand ja )dan yg terbaru PS3 Slim Version macam gambaq kat atas nuu...yg Fat Version sebelah kiri yg nampak agak gedabak sikit dan yg Slim Version yg sebelah kanan. Dari cerita rakan game aku yg lain dua2 versi ni ada kelebihan dan kekurangan yg Fat version ceritanya dia ni tahan panas kalau main lebih dari 4 jam tetapi harddisk dia kecik lebih kurang 80 GB, manakala yg Slim version hard disk agak besaq sikit dalam 120,160 dan 250 gb tapi cepat panaih. Tapi sepanjang aku main, waima lebih dari 4 jam pun tadak apa2 berlaku pun, setakat la ni la, kot2 akan datang tak tau la plak.

Yg ni kabel HDMI yg kita kna beli sendiri dengan rega sekitar Rm 250.00-RM 300.00. Dia ada jenis Gold Plated macam kat atas dan yg Silver Plated, klu nak kualiti gambaq yg terbaik seeloknya belilah yg Gold Plated. Ps3 lg satu yg sakit sikit sebab semua game dia kna beli yg original sebab SONY kluarkan teknologi PS3 ni supaya nak elakkan cetak rompak. Rega satu game Ps3 lebih kurang RM 150 ke atas, klu yg latest la klu yg lama tu mungkin murah ja dalam Rm 80.00 leh dapat dalam Lelong.com. Lagi satu yg best cd game ps3 ni ble trade in kat mana2 kedai game yg terima trade in la, maklumla harga cd game kan mahai klu takleh trade in jenuh la sikit nak membayaq yg baru.





Yg ni wayar AVI yg akan dibagi free kalau kita beli PS3, tapi kualiti dia tak secantik HDMI la. Kat Lowyatt Plaza ni mmg syurga bagi pegumpul2 gajet dari handset,tablet komputer,GPS, Kamera DSLR dan lain lain lg. Bercambah gerai yg jual barangan dan aksesori gajet tersebut kat sini. Mengenai harga rasanya berpatutan kot sebab kita ble servey kat banyak gerai .Tapi yang aku dimaklumkan di internet dan kawan2 bahawa mmg gerai depa banyak tapi tokey dia satu ja.



Bg yang nak convert Ps3 main guna monitor komputer (lcd ka yg biasa ka tak kesah) kna beli kabel HDMI to DVI macam di atas.








Kita kena ambik maklumla kalau kita nak main guna monitor komputer mmg takdak sound macam tv jd kita kna guna Speaker asing dan klu nak sambung ke speaker ,audio kabel kita kna guna yg AVI dan cucuk wayar putih dan merah di converter seperti di atas yg boleh didapati di kedai elektrik dan sambung ke speaker. Barulah ble main ngan puas. Tujuan asal aku beli PS3 ni dulu sebab nak main game PES 2011 Master League online, tapi memandangkan kelajuan internet di Malaysia dan Perlis khususnya hanya setakat 4 mbps jadi ada rungutan dari rakan2 game lain yg dah penah main online dimana bila nak main Master League online, game tu akan lags atau hang, jd aku belum cuba lg, klu nak tunggu kelajuan internet sampai 10 mbps ke atas tak tau bila lg. Jd aku mungkin layan dulu game online kot tapi kalau dok hang jugak alamatnya main offline ja la.