Jangan Clik

Sunday, December 26, 2010

Deko rumah- grill, cat & awning

W'pun rumah ni mungkin lambat lg aku dan famili duduk , sebab wife aku tak dapat tukaq lg mai Perlih, tapi dengan bajet yang setakat yang ada, kami decide nak buat siap-siap semua, senang kalau nak masuk nanti. Grill pintu depan aku buat design biasa saja tak buat pakai wrough iron pun, lagipun design ni aku tgok simple dan menarik tambahan lagi ramai org yg dah buat design nih.
Cat untuk ruang dalaman aku pilih hijau, sebab apa pilih hijau? sebab kaler hijau sejuk kot hahaha....takdak unsur politik naaa.. cat semua aku buat sendiri, senang..bukan susah sangat pun, klu semua pakai upah orang lari la bajet.
grill ngan awning ni aku buat kat kedai di Pauh, aku pun kawan pejabat yg rekemenkan. Kira ok la harga ngan kualiti kerja, sebab aku pi tgok dulu kualiti dia buat kat rumah memba aku ni. Setakat la memang puas hati, limpa, jantung dan rektum la....
Cat dalam rumah pun ada lagi ruang aku tak bubuh sebab nak tunggu habih buat wiring dengan kabinet dapoq, lepaih tu baru aku start cat balik dan ejas mana-mana cat yang agak tak elok. Bukan apa satgi tak pasai2 nak kna buat 2 kali kerja sebab nak buat wiring ngan pasang kabinet dapoq kna tebuk dinding nak buat plag.
Kos buat grill dan awning siap pasang lebih kurang Rm 3000 la jgak. Pintu belakang aku suruh dia buat pintu besi teruih sebab pintu lama aku dah terkopak dok kena panaih ngan hujan, siap kena makan ngan anai2 lagi. Buat pintu besi senang, tahan pun tahan, kalau anai2 nak patah gigi, ble la try tgok tokak pintu tu.
Ni barang2 elektrik untuk dipasang dalam rumah spt kipas, lampu down light, hud dan dapoq,cermin dan penyangkut untuk dipasang di bilik ayaq dan macam2 lagi la. Kat belah utara ni barang2 elektrik ni termasuk la memba2 aku pakat pi beli kat Kg Kelubi, Jitra. Harga dia mmg murah tambah2 kalau pi bli dalam kuantiti yg banyak ble dapat diskaun. Nama kedai dia Acfirst Lighting Centre, kedai ni bukan saja ada jual lampu ja, jubin, peralatan bilik ayaq pun ada dia jual. Kan hari tu banjir besaq kat Jitra, banyak la perkakas depa tenggelam dgan ayaq bah, depa buat lelong setengah rega barang2 letrik dan barang2 lain, bukan rosak pun balik rumah cuci sikit selut yg lekat kat barangan tu ok la, aku dan jugak sambaq dua bijik lampu gantung.
Cat di grill selalunya orang dok cat kaler silver tapi aku saja cat kaler putih sebab kaler tu nampak matching dengan kaler hijau yg aku cat kat dinding tu.
Awning belakang rumah buat siap2 nti kalau2 ada rezeki lebih, nak extend belakang teruih penaik bata ja. Kat bahagian depan aku tak boh lagi awning, aku buat kat bahagian belakang dulu sebab matahari petang betoi2 jatuh belah belakang, nanti panaih plak dalam rumah. Tgok habih tertanggal cat belakang rumah sebab dok selalu kna panaih ngan hujan. Lantai bahagian belakang ngan bahagian porch depan aku nak perata ngan simen, aku suruh abah aku ja buat, aku tolong2 la sikit.

Friday, December 24, 2010

My Bestday

12 Disember 2010 genaplah umoq ku yg ke 28 (alamak lg 2 taun dah nak masuk 30 an) syukur alhamdulilah dengan rezeki kurniaaNya yg membolehkan aku kecapi kebahagiaan sehingga umur ini. Kami calebrate kat tmpat kesukaan wife aku, apalagi Pizza Hut la, memandangkan makanan aku disapu oleh si Qazrin, aku dgan penuh kanibalnya ingin memakan beliau plak sebab merampas makanan aku tanpa surat menyurat.
Qazrin la ni pun dah semakin membesaq, taun depan dah nak masuk 2 taun dah. Perangai dia tu la ni aku tengok makin cengei (garang), tak tau la ikut sapa ni, rasanya bukan ikut aku sebab aku ni seorang yg ramah tamah dan lemah lembut., Ni musti ikut perangai ibu dia ni, sebab wife aku dulu penah belakon senagai tebuan jadian hahahahaha.. (hepi besday untuk diriku sendiri)

Sunday, December 19, 2010

Langkawi lagi

Gambaq ni kalau diibaratkan makanan dah lama basi dah, bulan 10 aritu cerita nih. Tapi sebab laptop dimasuki virus e-coli saiz D cup jadi hari ni bru leh upload gambaq dalam blog. Masa ni aku kna jadi babysitter sebab kna ikut rombongan kelas wife aku pi lawatan di pulau langkawi. Wife aku takdan sgat nak mgasuh sebab terikat dgan aktiviti dan tugas yg dia kna buat, jadi aku dengan berbesar hati, limpa, serta rektum sudi menjadi pengasuh separuh masa.Masa ni baru sampai kat Makam Mahsuri, eksyen kat pintu masuk sebelum berkejaran bersama hero Tamil yg berbaju merah tersebut kat dalam pulak satgi.
Haahahahaha...wife aku w'pun pakai kasut tumit tinggi, tapi tak dapat menyamai ketinggian laki dia yg segak bergaya ini. Gambaq kat depan rumah Mahsuri
Lepas tu kami langsung ke Kereta Kabel, tapi tak naik pun sebab dah agak petang dan ramai yg masih beratuq nak bli tiket. Aku amik keputusan kami pusing2 ja sekitar kawasan tu sambil minum sirap dan makan papadom perasa hidung itik. Tgok heroku mata dah stim, musti ngantuk sebab berjalan banyak sangat.
Ni bergambaq kat Beras Terbakaq, seingat aku masa aku mai sini kecik2 dulu kawasan Beraih yg kna bakar ni tak berpagar, kita boleh dengan selamba badak ayaq nak ambik banyak mana pun beraih yg terbakaq tu. Tapi la ni kawasan tu depa dah buat pagar dah, rasanya takut tingalan2 beras yg terbakar tu habih org kutip nti takdak plak org nak mai tgok.
Kami menginap di Pantai Chenang, jadi pagi2 lpas sarap main ayaq laut ngan pasiaq la. Harap para pembaca tidak meniru aksi tidak senonoh dua beranak ini di khalayak umum dimana mereka telah melepaskan kentut yg agak melugai sambil kaver korek pasiaq kununnya.
Masuk dalam Underwaterworld Langkawi heroku sempat mengepau aku sebutir belon untuk digunakan megorek hidung beliau seperti aksi di atas. Apa ni Qazrin malu babah tauu...
Qazrin membuat aksi kuda laut walhal menatang yg berada dalam kandang tersebut adalah burung merak di Langkawi Wildlife Park Ji Sung...aik mai mana nama player MU mata sepet nih..tu la taip laju sangat sampai terpaksa menggunakan hidung...kan dah salah taip. Seb baik tak pi Lorong Haji Taib.
Pejam celik, pejam celik dah sampai masanya kami bertolak balik ke Kedah dengan poketku yg agak rabak sebab kunjungan biniku ke Idaman Suri kerisauan suami....utk membeli set pinggan mangkuk beserta coklat yg diborong heroku huhuhuhu.....tgok depa dua ceria tak sangga, aku takdak dalam gambaq sebab dok pujuk hati yg bergelora ini bersama gadis2 manis, bukan apa sebab dok pikiaq jenuh nak berangkut barangan tersebut pabila sampai jeti kola kedah nti.