Jangan Clik

Tuesday, November 9, 2010

Banjir di Perlis 01-06 November 2010

Akibat hujan lebat berterusan 2 hari berturut2 ditambah dengan ayaq banjir dari selatan Siam dan limpahan dari Empangan Timah Tasoh telah menyebabkan negeri Perlih dan Kedah diselimuti ayaq bah buat kali ketiga. yang pertama tahun 1982, yang kedua 2005 dan yg ketiga 2010. Bangunan Persekutuan kosong sebab ramai warga kerja takleh nak lalu sebab jalan dilimpahi ayaq paras lutut, termasuk la diriku yg jelita ini.
Jadi selama Bandar kangaq dan daerah lain yg digenangi ayaq telah menyebabkan ramai warga peniaga, pekerja sektor swasta dan kerajaan terpaksa bercuti kecuali kakitangan Bomba, JPA 3, Polis, Hospital , askar, PGA, jab. kebajikan dll lagi yg bertungkus lumus menyelamatkan mangsa dan memindahkan ke tempat pemindahan yg disediakan. gambaq ni di ronbot, disebabkan banyak kerja takleh buat jd rakyat perlih buat kerja sendiri iaitu aktiviti meranduk ayaq bah sambil menari lagu cok cok kendung dan tarian canggung diketuai oleh encik Bri bauk dari Behoq Empiang eewaahh...
hhhaaaa...masa ni la lori, bekho, trekta bermaharajalela di dalam ayaq ni, mentang2 tinggi ayaq tak masuk enjin depa lalu ulang 40 kali jalan ni ...hhiisss eksen sungguh...
Ni ayaq dah melimpahi dalam bilik stor bomba perlih, takdan nak alih dah, barang banyak, ayaq naik cepat sangat dari buku lali hingga paraih paha dalam masa 2 jam ja.
Apalagi, dah bah kat luaq, dok saja la dalam stor, angkat barang2 apa yg patut yg rosak kalau kena ayaq. rasa macam dok dalam rumah terapung la plak, ayaq bersepah2
Ni keta sapa oi...rendam lama dalam ayaq nih, ingat apa rendam keta lama2 ingat ble jadi kapal selam ka.
Sahih lepas ayaq surut ni pakat jumpa habih segala ikan termasuk la sampah dalam kawasan bangunan persekutuan ni. Apalagi Jual timbang kilo la.
Depan Hotel Putra Palace, siap org ble dok menjala lg depan ni, gilo sungguh....nak buleh apa buleh sampah ngan anak berudu adala. Ka dok nak menjala gadis-gadis manis yg dok selak seluaq sampai paha siap nampak urat paha lg fuuuhhh...menduga iman btoi , sep baik aku tak rakam buat modai hahahahaha...
Ni aku pi meronda ngan Pajero Bomba lalu depan balai polis, habih naik ayaq. Selalunya abang polis naik ayaq kat kepala sebab kna pi latihan lama...haaa la ayaq naik kat balai plak hahahaha...abang polis jangan marah tau....mlawak porno sat hihihihi..

Ni dekat persiaran Jubli Perak dekat Bukit Lagi pun ayaq naik, seb baik tak naik hapuih Bukit Lagi klu tak satu M'sia termasuk la Botswana banjir.

Depan balai bomba ayaq laju seb baik takdak ikan solmon klu dak musti dah lompat2 dah ni. Hahahahah.... dah tau naik skuter gagah nak randuk ayaq jugak, kan dah mampoih, ni sahih suruh aku tolak ni...leceh btoi ...aku nak berpoya-poya ngan ayaq bah pun takleh.
Antara mangsa2 banjir termasuk siput khinzir tonyok yg diternak secara hidroponik telah berjaya menaiki sampan buatan sendiri yg berkuasa 18 kuasa kuda laut menuju ke Kodiang selatan.
Memba taman aku si Raup dengan riang gembira naik gereknya yg bernama Kamarulzaman pusing2 satu kangaq sambil menghafal sifir 9 dalam bahasa isyarat.
Ni la kali kedua aku dapat main ayaq bah w'pun 2005 aku tak merasa sangat sebab aku masa tu keja kat Kedah. alhamdulilah semua ahli keluarga aku tak terkena musibah ni, semua selamat sebab mungkin kawasan rumah tinggi sikit dari kawasan lain. Kepada semua penduduk yg kehilangan ahli keluarga, harta benda, waima hilang pedoman sekalipun bersyukur lah kita hanya diuji sekali dua dengan musibah yg boleh dikatakan tidaklah seteruk sebagaimana yg dialamai oleh jiran kita di indonesia dengan tsunami, gunung berapi, gemba bumi. Ujian ini hanya sebahagian dari kekuasaan Allah untuk kita mengambil ikhtibar dan mengetahui betapa besar kekuasaanNya.