Jangan Clik

Friday, October 9, 2009

Keletah Qazrin

Takdak crita terbaru nak post cuma aku post gambaq keletah heroku ja la. Nak masuk usia 7 bulan ni Qazrin dah pandai buat mcm2 ragam, haaa yang kat ataih tu bila tgok ibu dia nak pakai spek dia pun teringin sama, ibu nak bagi dia pakai takut rosak mata alih2 ibu dia letak ataih kepala, tak pa sikit klu tidak keja nak bebai.
La dah pandai senyum bila ambik gambaq, pipi labuh sebab banyak dok makan moi campuq sup ayam oleh ibu dia, susu pun setin seminggu la ni, jangan obesiti dah la yang oi payah nak kuruih dan sasa macam babah nti.
eceee....cee...ccee... buat muka series kunun, tu bukan apa bila nampak aku pegang kamera dia pun nak ambik kamera gak jenuh gomoi la ngan dia baru bole ambik balik kamera tu. Anak aku ni senang bawak jalan, dia suka kalau orang bawak jalan, sengap dok asyik perati orang ramai, dia cepat cemuih klu dok dalam umah lelama, yang peninnya takkan aku ngan ibu dia keja nak keluaq ja takdan nak rehat la cenggini. Tapi layan ja la sementara Qazrin nak besaq. Babah ngan ibu sayang Qazrin.

Wednesday, October 7, 2009

Ke Pasar Riadah Sg.Baru, Kuala Perlis

Selepas ari raya aritu saja bawak heroku jalan-jalan tgok laut kat Kola Perlih, lalu ikut sg. Baru baru teringat depan Power Plant Perlis ada satu Pasar Petang khas untuk pegunjung yang ingin beriadah tepi pantai dengan menjual beraneka makanan, minuman dan cenderamata.
Ramai jugak keluarga yang mai menikmati angin laut kat sini, suasana redup dan mendung sesuai sangat la klu nak layan pemandangan laut kat sini. Aku beli jagung bakaq ngan ayaq tebu, pastu ajak wife aku lepak tepi batu kat situ saja nak bagi heroku seronok tgok ombak laut yang menghempas pasiaq dan batu tambak pantai berulang kali.

Kenyih memanjang heroku dapat kena hembusan bayu laut ngan tgok orang ramai, lagi suka la dia, la kecik lagi babah ngan ibu bawak tgok laut ja la nanti dah besaq sikit bole la babah ngan ibu bawak mandi laut plak pi lawan ketit ngan ikan jaws. Sapa-sapa nak beriadah tepi laut selain dari suasana Kola Perlis bole la mai sini, meriah gak sini ngan bermacam gerai yang jual makanan ringan untuk dinikmati sambil beriadah.

Tuesday, October 6, 2009

Termeterai Sudah Ikatan Janji

Pada Syawal kedua sepupu wife aku , Ida telah selamat menjadi tunangan Rizal (bukan nama samaran). Depa ni couple lama dah dari zaman Diploma di UiTM Shah Alam lagi sampai la sekarang. Sbenaqnya aku ngan Rizal ni sekapal dulu dari Nepal mai sini jual karpet tu yang sama2 berbauk dan sama2 tinted wauhwauhwauhwauh...
Dengan bertemakan warna Ungu serta diapit oleh bidadari yang diimport khas dari Lana Bulu, Asrul dan kak na sekeluarga mengucapkan selamat bertunang dan selamat sehingga diijabkabulkan. Jangan gaduh2 tau biasala kalau tergigit lidah ni, sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula lidah semut.

Monday, October 5, 2009

Minalaidilwalfaizin

Sori lambat upload gambar semasa hari raya Aidilfitri aritu, komputer kat umah rosak. Raya aritu macam plan raya sebelum2 ni, dimana pagi raya akan di rayakan di rumah org tua aku di Kg. Santan, Perlih dan sebelah petang di rumah mentua aku di Ayer Hitam , Kedah. Seb baik la bole bini dok dekat2 tak gaduh nak raya umah sapa dulu, dalam masa sehari bole raya dua2 umah keluarga memasing dan adik beradik terdekat.
Tema taun ni keluarga aku pilih kaler hijau sedondon. Pagi raya macam biasa pi semayang raya pastu pi ziarah sedekah Al Fatihah di kubur tok dan tokwan aku serta kubur sepupuku (Allahyarham Aliff) yang telah menyahut panggilan Illahi pada bulan April lalu dalam kemalangan jalan raya.
Tahun ni merupakan Hari Raya pertama yang disambut oleh Qazrin . Banyak jugak duit raya Qazrin dapat maklumla pak menakan ramai. Tapi dia tau main sampul ja, duitnya ibu dan babah simpan takut dia koyak, budak2 bukan bole pegang duit bebanyak biaq babah yg tolong simpankan wahwahwah... duit raya sumbangan dari adik beradik dan kengkawan aku masukkan dalam akaun Qazrin senang utk perbelanjaan pembelajaran dia nanti.
Gambaq aku, wife, Qazrin dan mak tok serta tok ayah belah Perlih. Seperti musim perayaan saban tahun, famili aku akan buat masakan tradisional Terengganu iaitu Nasi Dagang yang dimasak khas oleh Chef Aripin merangkap abah aku dari Kola Bekah, Kola Terengganu. Lpas abih semayang raya ja memba kampung aku akan mai makan Nasi Dagang dulu sebab payah nak cari sebab rumah lain banyak pakat buat laksa, bihun sup dan mi kuah ja.
Taun ni abang aku yang dok kat Parit Jawa, Muar Johor balik ngan batalionnya jadi meriah sikit umah aku ngan dentuman mercun yang dimain oleh anak menakan aku, hinggaq sungguh, bukan kata anak aku, aku nak lena pun payah. Acara maaf bermaafan dengan mak abah aku pun kami buat nak dekat tengahari dah sebab tetamu ramai mai umah lepas semayang raya memandangkan masjid depan umah aku ja. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.